Tuesday, January 25, 2011

BoLa HiTam &BoLa Putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepasDia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je....

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? DiaTak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam manadan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. makadibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanyamembelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnyadisimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat belikasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasutroda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.


Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melandakwasan tempat tinggal nya.Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanyapulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikatbanyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller bladebaru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Notatersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalahistimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hinggadiatak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untukkesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas,member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari,ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya denganmotor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangananaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolaktawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cumainginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerimapenolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambahpula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikananak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknyabegitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pulatak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anakdihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naikmotoooooor jeeeee..Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikanbola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanyakpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampaiawek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang ditanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuhFerrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya dihadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukitbukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandusi anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Merekasegera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polistentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakaiseatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telahberusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encikmanfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak jugamenangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkandia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saatpertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yangselama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahuitentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamusering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yangbaik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cumasaya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitamdan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untukpersoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM &BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITUBERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapatbertahan dan masanya sudah hampir tiba....

"sebabnya ....saya.. saya... saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanyatentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi akuyang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.

P/S :Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi korban sorang-sorang je kan ..ke3

0 ulasan: